Wednesday, September 4, 2013

PERTUNANGAN

~di C&P dari blog seseorg..~

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...


InsyaAllah hari ni mahu membincangkan serba sedikit tentang pertunangan. Yang mana mungkin ramai yang tidak memahami erti pertunangan sebenarnya. Mungkin dirinya sudah menjadi pinangan orang tanpa disedari. Diharapkan rakan-rakan dapat membaca artikel di bawah sampai habis.


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan
menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*




~ Mudah sekali terjalin sebuah pertunangan kalau di ikutkan istilahnya di sisi syarak. Mungkin ramai lelaki atau wanita yang sebenarnya telah menjadi tunangan orang tanpa di sedari. Untuk lebih yakin, seorang sahabat bertanya kepada seorang ustazah tentang perkara ni.


Q:
"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"

A:
"Ya, kalau di ikutkan syarak mereka berdua memang sudah bertunang"


Q: "Maknanya haramlah bagi seorang lelaki muslim lain masuk meminang perempuan tu?"

A:
"Ya, sebab tu bila ada orang merisik atau nak masuk meminang perlu bertanya dulu kepada empunya badan. "


Terdapat sebuah hadis daripada
Ibnu Umar r.a. sabda Rasulullah SAW:

"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain."


Ingatlah rakan-rakan sekalian, pertunangan bukan bermakna, si dia telah dihalalkan untuk diri sendiri. Pertunangan hanyalah ikatan yang masih belum menghalalkan si dia buat diri sendiri. Si dia tetap bukan mahram. Oleh itu, peliharalah sebaiknya adab-adab batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh)
berkata:

" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya."



*** mahram == mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu)

*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.


Tuesday, February 28, 2012

Fake Call from "CELCOM"

baru je pg td dpt panggilan dr "Pejabat Celcom KL"..terpilih menang cabutan bertuah katenye (Rm5k, byk woo)..tp PENIPU!..dgr cara ckp pun tau da..al-maklumla, da byk pengalaman berbahas ngan org Celcom..hohoho

malas nk marah direct..so, layan je la..saje nk perabeh kredit.. =P

mula2 die tye bank apa aku blh guna utk transfer..aku gtau la maybank sbb sng nk check online..tp last2 die bg 2 pilihan je..either BSN or AFFILIANCE BERHAD..rasenye la, sbb berterabor gile cara die ckp..

pastu die soh p atm utk lengkapkan transaksi duet..aku soh die tggu lg stgh jam..dlm stgh jam tu aku call CELCOM mintak pengesahan tros n bg no phone penipu tu utk siasatan..

then mamat tu call blek, aku gtau la xsehat..kebenaran bkn main2..xmampu nk ke atm arini..tp die kate kene wat arini gak sbb aku da janji n diorg da hantar siap maklumat transaksi sume..bile plak aku janji??aku mintak bg mase nk pikir dulu je..memaksa plak mamat ni..siap men nada tggi lg tu..byk kali aku gtau xsehat tp die paksa aku p gak..

last2 aku tengking balik: "kalo jd pape kt saya 'on da way' nk p sana, awak nk tanggung??syarikat awak nk tanggung???ADA???"..pastu die marah aku menyusahkan die..siap bgtau lg nant die kene marah ngan syarikat la ape la..mungkin btol, tp masalahnye korg xde hak nk paksa aku..aku da mintak tangguh ke hari lain..mintak elok2 lg tu..xde pun marah or tengking2..

pastu die gtau kalo aku xclaim duet tu arini nant hilang camtu je..dan dgn selumbernya aku kata: "xpa la kalo xdpt kt saya, encik sedekahkan je RM5k yg saya menang tu ke rumah anak2 yatim..dpt gak pahala dunia akhirat.."

xpasal2 mamat tu ngamok..kata aku maen2kan diorg..pehal lu? skrg ni sape pelanggan??..aku xmaen2..kalo btol duet tu ad, pe salahnye kalo sedekahkan je drpd dibiarkan hilang camtu je..pastu die ugut nk block akaun bank aku..melampau sgt da tu..

aku pun dgn sng hati bg green light.."silakan, kalo boleh secepat mungkin ya.."
walaupun aku sndri tau da terbagi no.kad bank ngan no.kad pengenalan kat diorg..memg koje gile..

tros die ltk phone..aku pun cpt2 call BSN suruh diorg matikan kad bank tu sebelum mamat tu dpt trace aku pye akaun..selesai ngan bank, aku tros hantar msg kt penipu td..: MOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN MU DAN RAKAN-RAKAN SUBAHAT MU..AMIN YARABBAL'ALAMIN...

Sekian...

sebijik camni cara diorg cakap..n ada tambah2 sket..
http://ismadiibrahim.com/blog/aku-dan-penipu/#more-215


PERINGATAN BUAT SEMUA.. @_@

Tuesday, November 29, 2011

Setelah Kian Lama..

Assalamualaikum..


rasenye da lebih setahun aku x update blog ni..


WHY??...mungkin sbb xde masa..mungkin sbb connection broadband yg terlampau sempurna..atau mungkin sbb diri sendiri, malas!


papepun perihalnya, blogging is not actually my type of hobby..playing games or watching movies maybe..terok kan aku ni..=_=
mcm waktu skolah dulu..manusia2 yg cmni ktorg panggil MaNdOm!!!..meaning that they didn't go out much..dok terperuk dlm bilik 24jam..or simply bahasa kasar die: LEMBAB

ye..aku sendiri ngaku pernah dipanggil mandom..sbb dulu suka sgt lepak dlm dorm baca komik..xpun as usual tido!!!..tp aku xkesah..biarlah apa org laen nk kata..yg penting aku adalah aku..
mandom camna sekalipun aku tetap bersukan time skolah dulu..bkn sbb terpaksa tp sbb suka..bola sepak memg awal2 lg da ngaku kalah sbb xmampu nk kejo bola..aku sempot yob!!..badminton pun 2x5 je..huhu
tp ad satu yg aku sgt suka sbb xpakai byk stamina, or the exact thing is cardiovascular..tgn je lenguh..Archery..^_^
tp..apakan daya..camna minat sekalipun, tetap akan ad halangan..aku xterpilih utk jd wakil sekolah..tp xpe..yg penting aku enjoy.. =)

haha, entry ni da mcm merapu ke lain la plak kan..mcm2 aku ceritekan..tp......
paham2 sendiri la kan..makin panjang aku tulis entry ni, makin mengarut plak jdnye..

papehal salam awal Muharram buat semua dan semoga di tahun hijrah yg baru ni kita dpt perbaiki diri utk jd yg terbaik..Insyaallah..^_^

Tuesday, May 18, 2010

a whole semester of hard and painful...

25januari (5ptg):
on da way nk p kangar, tereksiden plak..nsb baek jatuh dkt2 ngan traffic light, kalo x dh almarhum kene hentam ngan kete len dr blkg..
pakcik 2 kuar kete pastu bising2 kate bkn salah die..bkn nk mintak maaf, tlg pown x..nsb baek la ad gak org2 kt tepi2 2 dtg tlg papah bwk ke tepi..
then sume bising2 tye salah sape padahal aku dr awal lg dok suruh diorg call ambulans..seko2 wat hal sndri..aku pasrah je..

kt hospital plak mcm2 kerenahnye..ad ke patot aku ni dilayan cam mat rempit, AKU XREMPIT LA BUDUZZ!!!! nk je ckp cam2 tp satg takot lg terok diorg lyn plak..hadoi, lg la aku pasrah..mlm 2 diorg bwk aku p unit ortho, nk betulkn kedudukan tulang katenye..then PRAP!!diorg pulas cam2 je..pastu bley plak diorg gelak2 tye.."eh, saket sgt ke?td bkn dh msuk bius ke??"e2 bkn bius tp ubt tdo!!kalo dh saket camni nk tdo pejadahnye..bg la yg dos kuat sket..

29januari:
hari ni aku msuk bilik bedah, diorg skru plat besi kt both ulna n radius, tutup blek ngan 20 jahitan..xrase pape sbb memg btol2 kebas, but few hours after..huhu, xyah gtau ar..

 

31januari:
balek umah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LoGgInG n BlOgGiNg!!!

i'm on and will get it on!!!

really need some help here..
anybody there???????